Pemerihalan Cabak Boriken (burung)

Jantan memulakan penerbangan

Panjangnya kira-kira 22–23 cm dengan berat 39-41 g. Seruannya ialah tubian nada "wip" pantas. Mirip sintang Antillen, buluannya berbelak hitam, perang, dan kelabu, yang berfungsi sebagai penyamaran semasa ia hinggap di tanah. Jantan mempunyai tekak hitam dengan garis mendatar nipis putih. Terdapat tompok putih di bahagian bawah ekornya yang kelihatan semasa penerbangan. Betina berwarna kuning pucat berbanding putih. Ia bermata hitam gelap besar, berparuh kelabu pendek, dan bertarsus kelabu. Seperti semua tukang, ia mempunyai bulu kejur di sekeliling paruhnya untuk membantu menangkap serangga dalam penerbangan.[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Cabak Boriken (burung) http://www.fossilworks.org/cgi-bin/bridge.pl?a=tax... https://www.proquest.com/docview/250282747 https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://bioone.org/journals/journal-of-field-ornit... https://birdsoftheworld.org/bow/species/purnig1/1.... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://www.cambridge.org/core/services/aop-cambri... https://www.cambridge.org/core/services/aop-cambri... https://doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2012-1.RLTS.T226... https://doi.org/10.2173%2Fbow.purnig1.01